Sejarah Hot Issue (kumpulan muzik)

Pra-debut

Sebelum mereka memulakan debut, Dana adalah bekas pelakon kanak-kanak, membintangi drama JTBC Happy Ending pada tahun 2012 dan dalam drama SBS One Well-Raised Daughter pada tahun 2013.[3][4] Mayna adalah peserta dalam rancangan realiti Cina, Produce 101 China, tetapi telah tersingkir dalam episod 7 selepas menduduki tempat ke-52.[5]

2021–2022: Debut dengan Issue Maker, Icons dan dibubarkan

Pada 8 April 2021, S2 Entertainment mengumumkan melalui rangkaian media sosial bahawa Hot Issue akan debut pada 28 April, dengan "Gratata" didedahkan sebagai single utama Issue Maker pada 12 April.[6] Pada 28 April, jam 6 petang KST, album mini pertama mereka Issue Maker telah dikeluarkan bersama-sama dengan video muzik untuk "Gratata", dengan showcase debut diadakan di Yes24 Live Hall di Seoul beberapa jam sebelum mereka debut.[7] Keesokan harinya, kumpulan ini muncul dalam program muzik pertama mereka di M! Countdown episod 707 pada 29 April.[8]

Pada 2 September, S2 Entertainment mengumumkan bahawa Hot Issue akan membuat comeback pada bulan September.[9] Mereka mengeluarkan album single pertama mereka Icons pada 29 September dengan single utama dengan nama yang sama.[10]

Pada 22 April 2022, selepas 4 bulan tiada kemas kini, S2 Entertainment mengumumkan bahawa kumpulan ini telah dibubarkan secara rasmi, 6 hari sebelum ulang tahun debut mereka. Keputusan itu dibuat selepas perbincangan panjang mengenai masa depan dan hala tuju kumpulan mereka.[11]

Rujukan

WikiPedia: Hot Issue (kumpulan muzik) http://koreajoongangdaily.joins.com/news/article/a... http://gaonchart.co.kr/main/section/chart/album.ga... http://gaonchart.co.kr/main/section/chart/album.ga... http://gaonchart.co.kr/main/section/chart/album.ga... http://gaonchart.co.kr/main/section/chart/online.g... http://gaonchart.co.kr/main/section/chart/retail.g... http://gaonchart.co.kr/main/section/chart/retail.g... http://gaonchart.co.kr/main/section/chart/retail.g... http://gaonchart.co.kr/main/section/chart/retail.g... http://www.gaonchart.co.kr/main/section/chart/onli...